Sunday, March 11, 2012

bercerita tentang kami bftj crew.....



Tangan mencapai telefon bimbit di atas meja. Tangan dilarikan di skrin. Unlock.
1 new message.
Open. Mata dilarikan membaca isi kandungan pesanan tersebut. Nafas ditarik. Perlahan. Exit.
Air mata jatuh, setitis. Sepertinya hati juga sedang menangis.
Sahabatku, aku juga rindu kamu. Bahkan tersangat rindu. Andai sahaja kau tahu betapa aku rindu waktu kita dahulu. Andai sahaja kau tahu ada sahamnya kamu dalam setiap tadahan tanganku. Andai sahaja dapat aku memberitahumu.
Kau kata, kau malu. Malu dengan diriku waktu ini. Malu dengan penampilanku serupa ini. Malu dengan sifatku sekarang ini. Aku sudah berubah. Malah sudah jauh berubah. Sedangkan kau masih di tempat yang sama setelah sekian lama.
Sahabatku, aku pinta. Jangan malu denganku. Malulah kamu dengan Tuhanku. Kerana aku juga sepertimu. Seorang insan biasa, seorang hamba kepada Tuhannya. Aku ini tiada istimewanya. Aku hina. Banyak dosanya. Tidak terhitung jika mahu dikira setiap satunya.
Aku punya pilihan. Aku pilih jalan ini. Aku pasti. Tidak akan pernah berpatah kembali.
Tahu, kau juga punya pilihan. Pilihan untuk mengubah hidupmu. Kau juga boleh berubah. Seperti aku, seperti dia, seperti yang lainnya. Tiada apa yang mustahil. Cuma yang menentukan perubahan apa yang kau pilih. Jalan apa yang kau pilih untuk ikuti.
Kalau benar kau mahu berubah. Pasti akan ada pintu yang Tuhan buka untuk membantu. Pintu-pintu yang kau sendiri tidak sangka akan bertemu dari tempat yang tidak pernah kau tahu. Aku juga pasti, Tuhan akan menghantar orang-orang yang baik untuk bersamamu. Dalam apa jua keadaan, mereka tetap akan teguh bersamamu. Menghulurkan tangan membantu, mengangkat apabila tersungkur, menyedarkan dari kealpaan indah dunia itu. Mereka yang akan bersamamu. Bersusah payah mempimpinmu untuk berubah.

Sahabat, andai sahaja kau tahu indahnya hidup ketika diri sujud menghadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu indahnya perasaan ketika ditemani dengan redha dan syukurmu terhadap Ilahi. Andai sahaja kau tahu keindahan sebenar dunia apabila sentiasa ditemani bayangan mati.
Aku pasti.
Bahawa kau tidak akan berlengah lagi. Kau tidak akan berkata sekejap lagi. Kau tidak akan tunggu tibanya nanti.
Aku pasti.
Kau akan bersujud tika ini. Kau akan memohon ampun saat ini. Kau akan redha atas ketentuan hidup yang diberi. Kau tidak akan pernah berniat untuk kembali kepada kehidupan indah lampau yang hanya berdasarkan duniawi.
Itu, aku pasti. Malah tersangat pasti.
Andai sahaja dapat aku terangkan perasaanku ketika ini. Andai sahaja dapat aku berkongsi sedikit rasa hati. Andai sahaja dapat aku beri rasa indah ini. Pasti sudah aku beri. Pasti sudah aku kongsi.
Aku mahu kau rasa perasaan itu. Perasaan indah mencintai Ilahi. Perasaan indah yang langsung tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Perasaan yang langsung tiada tolok bandingnya.
Andai sahaja dapat aku kongsi.
Sahabat, aku mahu kau tahu. Kau sentiasa ada dalam doaku. Aku mahu kau tahu. Yang aku sentiasa mendoakanmu untuk menemukan jalan terindah dalam hidupmu. Aku mahu kau tahu, aku mahu jadi temanmu. Selamanya. Hingga ke syurga.
Kamu janji, tunggu aku ya?


kopi pasta daripada- Artikel iluvislam.com
Biodata Penulis
Fathlea H Hanya seorang manusia biasa yang sedang mencari cinta Tuhannya. Beliau berkongsi karya di http://fantasibungaaputeh.blogspot.com/.


nota dari qa~qa...
buat bftj crew...tak sabar nk tunggu 4 tahun lagi....tak sabar rasanya nk tnggu kita berjumpa nnti...mungkin bukan sekarang Allah takdirkan kita berjumpa...mungkin Allah dah merancang sesuatu yang lebih baik dan  masa yang terbaik untuk kita berkumpul bersama-sama...walaupun kita semua jauh tapi ingatlah kita akan sentiasa dalam susah dan senang..insyallah...(ayat jiwang sangat)..tak tau nk tulis apa dah..

"sesugguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara maka damaikanlah antara kedua saudaramu (yang bertelingkah) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat."(surah al-hujurat:10)

Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a. khadam Rasulullah SAW , daripada Nabi SAW , Baginda bersabda : "seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri..."

Sunday, February 19, 2012

Dari Kekasih Buat Kekasih

"Dahulukan mengucap salam, ucapkan selamat dengan senyuman, tumpukan perhatian anda kepada mereka agar anda menjadi orang yang sangat mereka cintai dan dekat dengan mereka."
Kekasihku,
Hari ini aku mengadu pada sang KEKASIH, pencipta kau dan aku. Aku ingin menjadi kekasihmu yang patuh pada sang KEKASIH. Aku mohon pada sang KEKASIH agar ditautkan hatiku dan hatimu agar kita bisa jadi sepasang kekasih yang diredhai sang KEKASIH.
Kekasihku sayang,
Aku ingin menjadi sandaran hatimu. Menenangkan tatkala kau kecewa atau terluka tapi aku tidak mahu kau lupa pada sang KEKASIH kerana aku terlalu kasih pada sang KEKASIH. Aku mahu kau menjadi kekasihku yang hebat tanpa melupakan sang KEKASIH.
Wahai kekasihku,
Aku kekasihmu yang akan berdoa saban waktu agar sang KEKASIH memudahkan perjalanan hidupku dan hidupmu. Aku kekasihmu tapi aku tak mampu membahagiakanmu setiap waktu, lalu aku mohon pada sang KEKASIH agar kekasihku bahagia dan dilimpahi cinta sang KEKASIH.
Kekasihku,
Aku tidak mahu kau jadi kekasih yang lemah. Janganlah kita tunduk pada hawa nafsu. Aku mahu jadi kekasih yang bernilai di mata kekasihku agar diredhai sang KEKASIH. Aku menyayangimu duhai kekasihku!
Wahai Kekasih,
Aku kekasihmu yang terlalu daif. Apa yang ada padaku adalah hak milik sang KEKASIH. Aku ingin jadi kekasihmu yang tahu erti syukur dan aku juga mahu kekasihku selalu bersyukur.
Cinta kerana Allah adalah cinta yang aku cari, kerana cinta kerana-Nya adalah CINTA yang diredhai dan jika cinta tanpa redha ibu bapaku, maka tiadalah redha Ilahi dan aku rela untuk memutuskan hubungan cintaku andai mereka tidak redha dengan cintaku kerana aku perlukan cinta yang diredhai kerana kekasihku lah yang bakal bertakhta dihatiku dan menemaniku hingga ke hujung nyawaku.


Thursday, February 2, 2012

JIHAD SEORANG WANITA

Perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu. Moga sama-sama mendapat manfaatnya.

Diantara jihad seorang wanita adalah seperti berikut:
1) Menjadikan rumah tangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.
2) Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.
3) Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.
4) Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.
5) Memerangi perkara-perkara bid'ah, kurafat serta adab-adab yang buruk yang menguasai wanita masa kini.
6) Menyertai rancangan kemasyarakatan dan berfaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.

Dan dimana Kegagahan Wanita???
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.


bagusnya kalau macam ini kan?







Ukhti : saya tidak layak untuk awak.

Akhi : Kenapa?

Ukhti : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Akhi : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Ukhti: awak pintar, awak ada banyak peminat.

Akhi : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Ukhti : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Akhi : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Ukhti : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Akhi : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Ukhti : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Akhi : Perbezaan membuat kita lengkap.

Ukhti : Awak terlalu sempurna.

Akhi : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Ukhti : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Akhi : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Ukhti : Temuilah ayah saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.








Monday, January 30, 2012

apabila musibah melanda.....

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala; yang bermaksud:

Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Al Baqarah : 155-157 )

Ujian kehidupan adalah satu yang pasti ketika kita menongkah arus kehidupan. Itu lumrah sebagai khalifah Allah dimuka bumi. Sesuai dengan sifat manusia yang memang mudah lupa. Maka ujian musibah diturunkan oleh Allah taala sebagai peringatan kepada hambanya.

Sabar adalah akhlak yang amat dituntut didalam ajaran agama Islam. Ianya mendapat tempat di dalam kalamullah, iaitu Al Quran. Islam menitikberatkan sifat sabar kerana beranggapan setiap yang perkara yang baik mahupun berupa musibah merupakan ujian daripada Allah SWT. Islam juga mendidik umatnya menerima ketentuan ianya termasuk dalam rukun Iman iaitu, beriman kepada qada’ dan qadar.

Rasulullah S.A.W bersabda :
Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata :
Jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya.
Melainkan hendaklah kamu katakan :
Allah telah mentakdirkan dan apa yang Dia suka, ia perbuat!
Kerana sesungguhnya perkataan :
Andaikata… Itu memberi peluang kepada syaitan.
(Riwayat Muslim)

Allah swt menguji hambanya, bukan untuk menzalimi, tetapi sebaliknya, sebagai tarbiah kepada hambanya. Ianya hanya untuk kebaikan terutamanya orang beriman yang sabar ketika diuji.

Rasulullah, di dalam sabdaanya :
Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seseorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin. Jika ia memperoleh kegembiraan dia bersyukur, bererti kebaikan baginya dan jika ia ditimpa kesusahan, dia bersabar bererti kebaikan baginya.
(Riwayat Muslim)

Memang mudah menyatakan sabar, tapi bagaimana keimanan kita bila ditimpa musibah?

Wallahu’alam








JANGAN TIDUR SELEPAS SUBUH!

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.

Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH

Cuba kita lihat diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagikah? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,

"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"

Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun subuh. Kenapa ya sahabat?

Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

"Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti""Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"

JIKA MAHU BERMUHASABAH

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :"Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). -Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.''

Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)





AYAT-AYAT CINTA DARI ALLAH

Muslimah acuan Al-Quran Ialah seorang muslimah yang beriman
Yang hatinya penuh rasa cinta kepada TuhannyA
Yang Satu Yang hatinya merindui satu pertemuan abadi yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah
Yang sanggup menitiskan mutiaranya yang berharga 
Demi kasih suci Ilahi Muslimah acuan Al-Quran Ialah muslimah yang menjaga bicaranya 
Yang menjaga adabnya 
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah 
Walau nyawa jadi taruhan Muslimah acuan Al-Quran
Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya 
Dialah wanita solehah buat agamanya
Muslimah acuan Al-Quran Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah 
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa 
Muslimah acuan Al-Quran Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara 
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat 
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi
Muslimah acuan Al-Quran Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah 
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan 
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya
Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi 
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid 
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya 
Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya
Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islam.
Dan, Dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Muslimin Acuan Al-Quran Ialah seorang muslimin yang beriman 
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT 
Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga dengan pahala
 Yang solatnya adalah maruah dirinya 
Yang tidak tidak pernah takut berkata benar 
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu 
Muslimin Acuan Al-Quran Ialah muslimin yang menjaga tutur katanya 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya 
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung 
Yang mempunyai ramai kawan 
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang 
Muslimin Acuan Al-Quran Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya 
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga 
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga 
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat 
Muslimin Acuan Al-Quran Sentiasa bersedia untuk agamanya 
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat 
Rasulullah SAW Yang boleh diajak berbincang dan berbicara 
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya 
Muslimin Acuan Al-Quran Tidak pernah membazirkan masa 
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca 
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir 
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan 
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan 
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan 
Muslimin Acuan Al-Quran Sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga 
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian 
Muslimin Acuan Al-Quran Ialah muslimin yang tidak mudah terpesona 
Dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga 
Di situlah rumah impiannya 
Bersama wanita acuan Al-Quran…




insyallah...sama-sama memperbaiki diri menjadi generasi Al-Quran.... :)