Monday, January 30, 2012

AYAT-AYAT CINTA DARI ALLAH

Muslimah acuan Al-Quran Ialah seorang muslimah yang beriman
Yang hatinya penuh rasa cinta kepada TuhannyA
Yang Satu Yang hatinya merindui satu pertemuan abadi yang hatinya meratap sedu di hamparan sejadah
Yang sanggup menitiskan mutiaranya yang berharga 
Demi kasih suci Ilahi Muslimah acuan Al-Quran Ialah muslimah yang menjaga bicaranya 
Yang menjaga adabnya 
Yang tidak takut berkata benar
Yang tidak gentar dijengah mehnah 
Walau nyawa jadi taruhan Muslimah acuan Al-Quran
Dialah wanita yang dijanjikan Tuhannya Sebuah syurga sebagai mahligai kasihnya
Dialah penghulu bidadari suaminya 
Dialah wanita solehah buat agamanya
Muslimah acuan Al-Quran Ialah muslimah yang tegas
Tegas dalam menegakkan daulah islamiyyah 
Tegas dalam hidup yang ditarbiyyah
Dengan pelita iman bersumbukan taqwa 
Muslimah acuan Al-Quran Ialah muslimah yang bersifat qanaah
Baginya kekayaan duniawi hanya sementara 
Baginya dunia hanya untuk meraih keuntungan akhirat 
Baginya cukuplah alQuran sebagai harta abadi
Muslimah acuan Al-Quran Ialah muslimah yang tunduknya demi agamanya
Yang hatinya disuburkan dengan semangat juang
Yang solatnya dilakukan dengan tawaduk
Yang suaranya lunak dengan Qalamulllah 
Yang menjadikan zikrullah halwa ketenangan 
Yang meletakkan Deen sebagai pakaian hidupnya
Benar dia bukan Khadijah, wanita kesayangan Nabi 
Benar dia bukan Sumayyah, wanita cintakan syahid 
Benar dia bukan Rabiatul Adawiyah, wanita yang merindui cinta Tuhannya 
Namun, dialah wanita yang akan menjadi kesayangan suami solehnya
Dan, dialah wanita yang rela syahid dalam manhaj islam.
Dan, Dialah wanita yang mencari redha suaminya demi redha Tuhannya. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Muslimin Acuan Al-Quran Ialah seorang muslimin yang beriman 
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah SWT 
Yang sentiasa haus dengan ilmu Yang sentiasa dahaga dengan pahala
 Yang solatnya adalah maruah dirinya 
Yang tidak tidak pernah takut berkata benar 
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu 
Muslimin Acuan Al-Quran Ialah muslimin yang menjaga tutur katanya 
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya 
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya 
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung 
Yang mempunyai ramai kawan 
Dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang 
Muslimin Acuan Al-Quran Ialah muslimin yang menghormati ibu bapanya 
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga 
Yang bakal menjaga keharmonian rumahtangga 
Yang akan mendidik anak-anak dan isteri mendalami agama Islam 
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan 
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat 
Muslimin Acuan Al-Quran Sentiasa bersedia untuk agamanya 
Yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat 
Rasulullah SAW Yang boleh diajak berbincang dan berbicara 
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya 
Muslimin Acuan Al-Quran Tidak pernah membazirkan masa 
Yang matanya kepenatan kerana kuat membaca 
Yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir 
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan 
Yang bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan 
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan 
Muslimin Acuan Al-Quran Sentiasa mengingati mati 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat 
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga 
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian 
Muslimin Acuan Al-Quran Ialah muslimin yang tidak mudah terpesona 
Dengan buaian dunia Kerana dia mengimpikan syurga 
Di situlah rumah impiannya 
Bersama wanita acuan Al-Quran…




insyallah...sama-sama memperbaiki diri menjadi generasi Al-Quran.... :)

No comments:

Post a Comment