Friday, December 2, 2011

Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ¨¯`♥ Satu Soalan Buat HAWA, Satu Jawapan Dari ADAM ♥¨¯`Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ

•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤

✖ Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vogue.

✖ Pusing kiri, awek shawl kelabu bak hana tajima. tengkuk terdedah. gorgeous.

✖ Tengok depan, awek legging rambut rebonding paras pinggang. baju lengan pendek. stylo.

✖ Toleh belakang, awek skinny dengan blouse labuh tutup punggung. tak bertudung. heels 4 inci. WOWWW.

****************************************************

✿ Satu soalan buat hawa, memang itu ke yang kalian nak? berfesyen tanpa meletakkan agama di depan? fesyen didahulukan, agama dikemudiankan?
✿ Satu soalan buat hawa, selesa ke dengan penampilan sebegitu? menjadi perhatian kaum lelaki yang sememangnya mata keranjang? segenap tubuh diratah mata manusia?

✿ Satu soalan buat hawa, apa tujuan kalian berpakaian sedemikian? mahu tampak gah di kalangan teman-teman? sentiasa di atas? lepas tu apa? riak? takbur? bangga?

✿ Satu soalan buat hawa, adakah dengan berbaju kurung bertudung litup kalian akan dianggap kuno? adakah dengan fesyen lilit-lilit shawl akan jadikan kalian seorang yang up-to-date?

✿ Satu soalan buat hawa, adakah dengan berpakaian sopan akan menjejaskan kecantikan kalian? akan menjadikan kalian hodoh? nampak kecundang dalam dunia moden?

✿ Satu soalan buat hawa, kalian berfesyen untuk kepuasan sendiri bukan? tapi pernahkah kalian sedar bahawa diri kalian takkan pernah puas?

Baca ni ;

✔ Satu jawapan dari adam, seorang perempuan yang tertutup sempurna auratnya lebih bernilai di mata lelaki untuk dijadikan teman seumur hidup.

✔ Satu jawapan dari adam, kecantikan seorang wanita yang menjaga auratnya dari dipandang lelaki yang bukan halal baginya adalah lebih mahal dari dunia dan segala isinya.

✔ Satu jawapan dari adam, kecantikan si berbaju kurung yang bertudung takkan dapat ditandingi oleh yang lain. cantik, cun, ayu, dan sopan. apa lagi yang kalian nak?

✔ Islam membenarkan fesyen tapi islam jugak melarang tabarruj. Allah tak suka mereka yang berlebih-lebihan...jadi bersederhanalah!~

✔ "Sepantas mana pun kau lari untuk mengejar kepuasan dirimu, kau takkan pernah dapat mencapainya kerana kepuasanmu yang sebenar berada diantara kamu dengan penciptamu, ALLAH SWT..wallahua'lam..

~~>Duhai Muslimah,tutuplah auratmu..peliharalah maruahmu!!jagalah agamamu..Wanita dambaan syurga tidak akan sekali2 menjadikan dirinya "MURAH" dimata dunia kerana dia hanya ingin sentiasa tampak cantik di mata Allah azza wajalla..syariatnya dipelihara,kerana jannah itu pilihannya..renung2kan..=)
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤❤¸.•*" "*•.¸❤ ❤¸.•*" "*•.¸❤
•*""*•.¸❤❤¸.•*"*•.¸❤ 
sumber :fb

Sunday, November 27, 2011

LOVE JUST THE WAY YOU ARE...


Damn, I miss it...
The time when you looked so beautiful,
When, the cover you wear was long enough,
When, your words were carefully spoken,
When, your dress was so modest,
While in the real arena you were such a ferocious lioness, a real mujahidah,
I love that time, I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When you are not trying to look beautiful, you are,
When you quickly put your cover down when the winds blew it hard,
When you take another route just to avoid the opposite group,
I miss to see that calm sweet face,
I miss it when your face saddened by the reminders of God,
And I love you just the way you are.
Damn, I miss it...
When I tried to steal a look at your face,
I see tears rolling out with your hands up, praying,
When you deviate the gorgeous grey eyes away the moment yours met mine,
When you take no single glance at me when we pass by each other,
I love the way you talk to me, such composure and grace,
I love when your heart was so fragile to the Holy Words,
I love that time, I love you just the way you are.
But now, I don't know what I am feeling,
The love is starting to fade, or what?
Jealous? Dissapointment? Hope?
I don't know...
It hurts me a lot, it's silently killing me inside.
Every single time I saw you in that apparel,
Every single time I saw you mingle freely without boundaries with the opposites,
Every single moment I saw that words coming from your precious lips,
Please, this is not the girl who I'd known before,
But still, remnants of my love are still there, I'm sure!
I really want you to be my company in this perilous journey,
I really want you to be at my side, sharing love and care,
I really want you to be the mother of my children,
I really want you to be my guidance to His Love,
Even death cannot do us apart, because we will reunited in God's Glorious Gardens.

But girl, please! I really love you just the way you are at that time,
The time when you looked so beautiful,
When I saw you at that time,
There's not a thing that I would change,
Cause' you are amazing, just the way you are,
The way of a Muslimah.

Biodata Penulis

Fitri Fahmi Seorang pelajar International Baccalaureate dalam Bidang Perubatan di Kolej Mara Banting. Blogger yang baru berjinak dalam dunia blogging untuk menyebarkan seruan kepada agama melalui bahasa cinta. Merupakan bekas pelajar Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang. tajdidweneed.blogspot.com.

Saturday, November 19, 2011

SILA-SILA

assalamualaikum...
alhamdulillah pada 27/11/2011 dapat jugak sye menamatkan kursus perkahwinan ni...thankz tuk RAKAN INTELEK n JAWATANKUASA PERWAKILAN MAHASISWA yang menganjurkan program ni...
moga tahun akan datang akan di buat lagi program2 macam ni...
siapa kata kursus kahwin ni untuk siapa yang dah ada pasangan je.??
sebenarnya mind set org ramai tu salah...siapa2 pun boleh pergi...
yang penting niat nk pergi tu sebab apa..
nk pergi sebab nk kahwin??
nk sijil??
atau nk kan ILMU??
fikir-fikirkan lah...

sye nak berkongsi sedikit sebanyak tentang kursus ni...
kalau kursus perkahwinan kat MELAKA ni selalunya ada 10 modul(ceramah)...
antaranya : -aqidah
           -ibadah
         -akhlak
   -perkahwinan dan prosedur
-hubungan dalam keluarga
   -pengurusan kewangan dan masa
-komunikasi suami dan isteri
-pengurusan stress dan konflik
-pengurusan sumber kesihatan
-pembubaran perkahwinan.
sebenarnya masa 2 hari x cukup untuk terangkan benda ni dengan jelas....so kita kena lah cari sumber2 lain untuk tambahkan lagi ilmu tu...insyallah..




lepas habis kursus ni...apa yang ada dalam fikiran saya.?..
mak sye x bersedia lagi nak kahwin.....ilmu belum cukup lg....so, mak andai kata kalau ada orang nak berkenalan dengan angah...angah harap orang tu berkenalan  dulu dengan mak n ayah...kalau betul lah dia ikhlas..angah harap dia datang cara baik dan ikut cara perkenalan yang islam dah ajar kan....


SAYA DAH BERKURSUS KAHWIN....ANDA BILA LAGI....???

sampai sini saja yg bleh sye kongsi kan...assalammualaikum... :)

Tuesday, November 15, 2011

JOM COUPLE! TAK HARAMLAH





Persoalan 1 :

"Saya kenal dia melalui FB. Dah lama gak kami berkawan, ada la nak dekat setahun. Hubungan kami memang intim. Tapi setakat ni ringan-ringan lagi. Kadang-kadang tu...memanglah takut. Tapi nak wat camne? Saya sayang giler kat dia"

Persoalan 2 :

"Saya dah sedar zina tu dosa dan nak bertaubat. Tapi......Saya masih sayang lagi kat dia. Takkan saya nak tinggalkan dia setelah dah berzina dengan dia?"

"Sedihnya...Ni la yang confius ni. Niat ni memang nak taubat. Tapi kenangan yang lama tu ganggu nak taubat. Nak tinggal ke nak terus kan dengan dia? Kalu nak tinggal, mane tanggungjawabnya?"

Persoalan 3 :

"Dah hampir 8 bulan saya putus ngan BF saya, tapi sampai skang still lagi teringatkan kenangan kami bersama. Ada masa tu memang tak tahan. Mmmmm...nak tanya ckit, apa hukum onani? Huhu...."




AWAS! NAK COUPLE BOLEH, TAPI JAWAB DULU SOALAN2 INI 

Bagi mereka yang sedang, belum atau sudah terjebak dengan "keindahan bercouple", sama ada yang zahir atau pun yang batin silalah menjawab soalan-soalan ini pula :



1. Bumi ini, diri kita dan si dia siapa yang cipta? Tidakkah kita melanggar perintah Allah SWT?

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan seburuk-buruk jalan." (Surah al-Isra’ 17: 32)

Fahamilah bahawa Allah tidak menggunakan ungkapan "jangan kamu berzina" tetapi digunakan "jangan kamuMENGHAMPIRI zina". Bercinta sebelum kahwin adalah perbuatan yang menghampirkan seseorang itu kepada perbuatan keji tersebut.

Mengapa ye?


2. Tidakkah kita bersetuju bahawa :

Bercinta adalah langkah pertama kepada berlakunya zina. Bila seseorang telah memulakannya maka dia telah memasuki perangkap yang dipasang oleh syaitan sebagaimana hadis Rasulullah SAW :

“Sesungguhnya Allah menetapkan atas anak Adam bahagian daripada zina. Dia pasti akan mendapatnya. Maka, zinanya mata adalah dengan memandang (yang haram) dan zina lisan adalah dengan berbicara. Sementara jiwa itu berangan-angan dan berkeinginan, sedangkan kemaluan yang membenarkan semua itu atau mendustakannya.” (al-Bukhari dan Muslim)

3. Ketika kita bercinta atau tengah "dating", mata kita tengok kat mana? Ada rasa terujakan?

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada laki-laki yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka, yang demikian itu lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman : "Hendaklah mereka menahan sebagian pandangan mata mereka dan memelihara kemaluan mereka…" (Al-Nur: 30-31)

Setuju tak?

Sesiapa yang terlibat dengan budaya bercinta tidak akan mampu untuk menjaga pandangan mereka daripada melihat kepada pasangannya dan alangkah banyaknya dosa yang telah mereka lakukan


4. Ketika janji nak "dating" ada tak ingat pesan Nabi kita?

“Tidaklah sekali-kali seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita melainkan yang ketiganya adalah syaitan.” (a-Tirmidzi)
Untuk apakah syaitan menemani?
Tiada tujuan lain melainkan untuk menghasut mereka agar melakukan perbuatan keji iaitu zina.


5. Bila nak cari tempat "dating" ada baca tak larangan daripada Nabi ni?
“Sekali-kali tidak boleh seorang laki-laki bersepi-sepi dengan seorang wanita kecuali wanita itu bersama mahramnya.” (al-Bukhari dan Muslim)

6. "Opsss!! Sori tersentuh tangan. Hehe..." Itu mula-mula, lama-lama dah biasa kan? Tersentuh bahu ada tak? Duduk rapat-rapat? Memanglah beralas tapi tak dosa ke?

"Ditusuk dengan besi di kepala seseorang lelaki lebih baik baginya daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." ( al-Tabarani)

Adakah orang yang bercinta ini tidak akan menyentuh pasangannya?
Sekiranya tidak, maka hebat benar iman orang tu!


7. Dalam seminggu, sebulan berapa kali top up handphone?

"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.” Demikian gambaran atau kedudukan orang yang membazir di sisi Allah (al-Isra’ 27).

Melakukan pembaziran masa dan harta berdasarkan wang yang dihabiskan untuk menghantar sms, mms atau menghabiskan banyak masa untuk ‘chatting’melalui internet, sehingga ada pelajar yang sanggup "berpuasa" untuk berjimat duit belanja sekolah untuk memenuhi tujuan tersebut.

Kalau pelajar universiti, bila duit biasiswa atau PTPTN masuk, terus keluar berjoli, dengan siapa ye?
Duit yang diberi tu amanah kan?


8. Kadang-kadang baca buku tak masuk kepala, kenapa ye? Kenapa hati susah menerima ilmu? Ilmu itu cahaya, kalau hati kotor dan gelap, bagaimana cahaya mahu menembusinya?

Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Syed Waqi' tentang kesusahan dirinya untuk menghafal Al Quran . Gurunya menyuruh Imam Syafie meninggalkan segala dosa besar dan dosa kecil kerana :
"Sesungguhnya ilmu itu cahaya, sedangkan cahaya ALLAH SWT itu tidak dikurniakan kepada orang yang melakukan dosa dan maksiat".

Hilang keberkatan dalam menuntut ilmu kerana dosa yang banyak dilakukan menyebabkan hati sukar untuk menerima ilmu. Ilmu hanya menghuni di hati yang suci bersih.

Walaupun kita pandai, tapi berkat tak ilmu tu?


9. Prestasi belajar kita pula bagaimana? Ada orang kata boleh mengganggu tumpuan dalam pembelajaran disebabkan asyik teringatkan ‘buah hati’, betul ke?

"Maka apabila mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mereka itu mempunyai telinga dan dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta tetapi yang buta adalah hati yang di dalam dada." (Al-haj, ayat 46)

Benar cinta itu buta, sampaikan hati juga menjadi buta. Buta hati.


10. Apa perasaan ibu bapa kita kalau nampak anak mereka di sekolah, di universiti seronok berkasih-kasihan dengan kekasih hati? Apa perasaan mereka kalau dapat tahu anaknya sudah terlanjur?

"Membohongi kedua ibubapa kerana harapan mereka untuk melihat anaknya cemerlang dalam akademik tetapi terpesong kepada cemerlang dalam mencari pasangan hidup pada usia yang muda. Apatah lagi sekiranya maruah dirinya tergadai dan hilang kehormatan diri. Tidak mampu dibayangkan betapa kecewanya mereka."

Mak telefon hari ahad, tanya kita kat mana. Kita jawab sedang belajar di bilik, padahal sedang berseronok keluar dengan kekasih di bandar.


11. Kalau cikgu atau pensyarah dapat tahu kita belajar main-main, tak fokus dalam kelas, tak siap assignment sebab sibuk bercinta, tak terguriskah hati mereka?

"Menyakiti hati guru dengan melaksanakan perkara haram tersebut. Tiada seorang pun guru ingin melihat anak didiknya gagal dalam pelajaran atau tercemar maruah dirinya disebabkan tindakan bodoh masa remajanya yang tidak dapat dikawal."


12. Setuju tak? Bila bersama dengan kawan kita kurang berbuat dosa, tapi bila bersama kekasih banyak dosa kita buat. Sampaikan hati yang rasa bersalah pada mulanya semakin lama sudah tidak rasa bersalah, malah sudah tidak malu untuk buat dosa tersebut. Hati rasa seronok berbuat dosa.

"Bila dosa semakin menimbun, Allah janjikan neraka, ekoran banyak melanggar perintah Allah SWT dan amaran Rasulullah SAW. Lebih buruk lagi sekiranya mereka meninggal dunia dalam keadaan tidak bertaubat kepada Allah SWT." Naudzubillah!


13. Solat kita khusyuk tak?

Sentiasa lalai dan leka daripada mengingati Allah SWT. Akal dan hati fikiran tidak lagi mengingati Allah hatta ketika dalam solat sekalipun kerana jiwanya yang cenderung kepada mengingati pasangannya. Oleh yang demikian tiada ketenangan dalam jiwa mereka kerana ketenangan yang sebenar hanyalah dengan mengingati Allah SWT.


14. Mengapa hati tak tenang dalam setiap perkara kita lakukan? Hanyalah dengan mengingati Allah hati akan tenang. 
 "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". (Ar-Ra'd : ayat 28)

15. Bila nasi sudah menjadi bubur, boleh tak bubur nak jadi nasi semula?

Hilang maruah dan harga diri kerana terlanjur melayan perasaan cinta tersebut. Telah terbukti gejala seks bebas yang menimpa remaja pada masa kini semuanya bermula dengan bercinta pada usia muda. Lebih parah lagi mereka menjadi ketagih dengan zina. Jika tidak dapat berzina mereka sanggup beronani untuk menghilangkan kergersangan.  Dosa besar yang mereka lakukan ini menyebabkan iman tercabut daripada hati mereka dan tunggulah azab yang pedih di neraka.



16. Kalau sudah berumahtangga nanti, suami dapat tahu bagaimana pula?

Ikatan perkahwinan yang akan datang menjadi keruh sekiranya suami mengetahui sejarah silam pasangannya yang pernah bercinta dengan orang lain. Pelbagai andaian buruk akan terbayang dalam fikirannya.

Adakah pasangan yang bercinta pada zaman persekolahan atau zaman universiti akan kekal hingga ke alam perkahwinan? Apakah perasaan sekiranya dapat tahu suami atau isteri pernah bercinta dengan orang lain sebelum ini?


17. Adakah kita tahu mengapakah kite semua diciptakan oleh Allah di dunia ni? Allah tak menciptakan kita hanya suka-suka. Hanya untuk enjoy dan suka-suka.


"Maka apakah kamu mengira, bahawa Kami menciptakan kamu secara main-main (tanpa maksud), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?"-Surah Al-Mukminun (23):115


Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk beribadah dan juga mengabdikan diri kepada Allah SWT.

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka mengabdikan diri kepada-Ku." -Surah Adz-Dzariyat (51):56..

Bercinta selepas kahwin itu beribadah, bercinta sebelum kahwin itu bermaksiat. 

sumber dari :  http://muslimdoktor.blogspot.com

Wednesday, November 9, 2011

ohhh

salam smua...
ssah jgak yea nk mengedit blog ni....
alhamdulillah....siap jgak akhir nya... :)
ni kne edit smata2 sbb blog ni da kira mcm assignment...
nk wat cane kan...menurut perintah jela....

Monday, October 17, 2011

UITM LIFE

BELAJAR BAIK-BAIK YE SYAFIQAH....
NANTI DAH HABIS BELAJAR LEH SAMBUNG BELAJAR LAGI...
PASTU KERJA SIMPAN DUIT BANYAK-BANYAK..
NANATI BOLEH BAWA MAK PERGI MEKAH...
INSYAALLAH...

sorry la...

salam....
kpd smua kwn2...sory lme x update blog ni...
TERUTAMA SEKALI KEPADA ZARINA....
buzy sgt la kata kan...
mmg klau ada msa lpang je boleh nk update....
x taau nk tulis apa dah...
just want to say sorry and thank you..the end..hahaha
assalamualaikum...


Friday, October 14, 2011

success

salam...


Success = work + pray + play + keep your mouth shut


i want to be success person and be brave....you can do it syafiqah....insyaAllah...

Wednesday, August 17, 2011

sob sob :(

salam....
stlah sekian lama x b'bloging...akhirnya di beri kekuatan juga tu memulakan smula...
tiba2 tringat kat miss amal yg suruh wat blog ni....maaf yea missda lama sye mnghilang....
insyaALLAH lpas ni x ilang da....
don't know what i want to say....
juz i really miss people at PERAK N KMPK....

Monday, April 4, 2011

Mustahilkah Untuk Melakukan Perubahan?


Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.
Glosari: futur bermaksud sikap malas, melambat-lambatkan dan bertangguh dalam keadaan dulunya sentiasa pantas dan efisien, Sumber Grafik: Are You Afraid of Changes?

Wednesday, January 26, 2011

BIODATA

NAMA    : NUR SYAFIQAH BT HJ MOHAMAD SALIM
UMUR    : 19 TAHUN
TARIKH LAHIR : 4 OKT 1992
TEMPAT LAHIR : MELAKA
TEMPAT TINGGAL : BUKIT RAMBAI , MELAKA
CITA-CITA : BISNESWOMAN BERJAYA